• Blog sebagai e-Diari Rasanya dah ramai yang maklum fungsi Blog. Blog ni boleh dianggap sebagai diari digital sama ada untuk tujuan peribadi atau bersosial.

    Antara yang biasa kita kat Malaysia guna adalah Blogger (http://www.blogger.com/) ataupun Wordpress (http://www.wordpress.com/) .







    Apa yang boleh kita buat dalam blog? Macam-macam... antaranya:
    • Diari harian
    • Iklan barangan (iklan)
    • Kongsi Info
    • Luah perasaan (fitnah, geram, etc!)
    • dan sebagainya


    Sekarang ni pulak sibuk pasal isu fitnah-memfitnah kat blog, sampai ada yang suruh sekat penggunaan Blog di Malaysia! Hm... malas nak komen! Apa-apa hal, pandai-pandai la urus blog masing-masing...

    Ok, kita lihat apa yang ada pada blog. Walaupun sebenarnya kebanyakan remaja kat Malaysia ni lebih suka bersosial ngan web Friendster, Facebook, Myspace dan sebagainya (termasuk bebudak kolej aku...), sebenarnya banyak lagi yang boleh kita menggunakan Blog (pada hemat patik yang pacal lagi hina ni la...).

    Ok, apa yang disediakan oleh Blog?

    1. Ruangan untuk taip artikel (+gambar, +video) - Macam perisian Word, korang leh taip, pilih jenis dan saiz tulisan, buat formating, masukkan gambar, malah leh masukkan video sekali! Tapi... video jenis flv (flash video - http://www.youtube.com/), mov (apple movie), dan wmv (windows media video) je la yang leh guna sebab saiznya kecik. Kalu besar sangat, mampus lama gile nak tunggu dia load!
    2. Template yang pelbagai - Korang leh pilih (atau install sendiri) macam-macam design sebagai latar dan hiasan blog korang - moden, romantik, klasik dan macam-macam lagi. Kalu buat betul-betul, blog korang memang nampak professional giler... Malas nak komen. Kalu nak belajar pasal hal ni, korang leh tengok blog aku - BlogHacked.blogspot.com .
    3. Macam-macam Widget leh dimasukkan - Widget ni kira cam program kecil yang kita leh masukkan sebagai fungsi tambahan blog kita antaranya - kalendar, jam, shoutbox - untuk borak, pemain muzik online, status pelawat - jumlah dan dari mana, dan macam-macam lagi!



    Ada sesuatu yang korang kena tahu. Blog ni sebenarnya leh kita hack (program semula) untuk buat maca-macam! Untuk ni, aku da buat blog khas pasal Blog - BlogHacked.blogspot.com . Ikut kreativiti masing-masing, jom kita berBlog :P

    ilmu untuk dikongsi, bukan disimpan dihati

    more
  • Pen Bijak - LiveScribe
    Lebih kurang awal tahun tadi aku sempat ronda-ronda kat DigiMall kat Seksyen 14, PJ. Biasa la... Windows Shopping! Dalam ronda-ronda tu, sempat aku jengok tekno baru pen - LiveScribe!


    Aku bukan la nak promo produk ni, cuma aku rasa tak salah kalu aku kongsi sikit pengalaman aku menge-test produk ni.

    Bagi budak-budak IPTA/IPTS yang pernah pegi kuliah (terkecuali yang tido dalam bilik kuliah :P ), mencatat nota ni kira biasa la; walaupun hakikatnya kadang-kadang yang dicatat tu cuma dijengok masa nak exam nanti je :)) . Bagi yang kreatif, sempat juga bawak tape recorder untuk merakam suara pensyarah (sambil tido dibelakang).

    Apa kena mengena semua tu ngan pena ajaib ni?

    Istimewa LiveScribe ni selain ada dakwat dan didatangkan ngan kertas khas, ia juga ada kamera! Cam James Bond Techies gak la tapi bukan untuk tujuan Skodeng, sebaliknya untuk merakam semua yang ditulis atas kertas tadi! Ape ke halnya nak merakam semua tu?

    Kertas yang dibekalkan dalam bentuk buku tu sebenarnya dah ditandakan ngan dot-dot (bintik-bintik) halus yang digunakan untuk menandakan pergerakan dakwat pen. Bila pen ni disambung ke PC (komputer), baru la kita nampak ke-BEST-an nya...
    Semua yang korang tulis dan lukis tadi secara otomatiknya akan dipindahkan ke dalam aplikasi LiveScribe kat PC! Bukan tu je... Dia siap leh main balik apa yang korang rakam masa korang tulis guna pen tuh! Jadi... takyah la korang sibuk-sibuk bawak laptop masa kuliah; Cuma bawak je pen tadi ngan buku yang disediakan :P . Kira sesuai la untuk zaman ni... Pas balik kuliah, baru la korang transfer ke laptop atau PC.

    Berapa harga? Sendiri mau fikir la... Pada aku harga dia kira berbaloi gak la, sekitar RM600. Mahal?! Takpe, sebenarnya kat pasaran memang ada alternatif lebih murah yang seumpamanya. Cuma korang kena rajin survey je... Nak murah lagi? Beli la kertas A4 ngan ballpen :D .

    ilmu untuk dikongsi, bukan disimpan dihati

    more
  • Processor Baru Intel... 2-3 hari lepas ada kluar artikel pasal processor baru intel yang sedang hangat dipromosikan kat Plaza Low Yat, KL. Menarik tul teknik iklan dia. Processor ni didakwa kononnya sebagai "The Fastest Processor on Earth!" (ya ka...)


    The "Fastest Processor on the Planet", the Intel Core i7 processor, officially landed on Malaysian soil yesterday (20Nov08). Broadly heralded by the computing industry as a technical marvel, the Intel Core i7 processor holds the new world record of 117 for the SPECint_base_rate2006 benchmark test that measures the performance of a processor. This is the first time ever for any single processor to exceed a score of 100 points.

    Available in two "flavors" - the Intel Core i7 and the Intel Core i7 Extreme - these quad core, eight thread processors promise up to 40% increase in performance for various heavy duty computing tasks such as video editing (apply changes/effects and review them on the fly without the need for rendering), and gaming (play Crysis on a three monitor setup at highest quality without lagging) as compared to previous quad core processors (Intel Core 2 Extreme).
    The Intel Core i7 processors are on sale now and range from US$284 to US$999. For more information on the Intel Core i7, visit the Intel Website at www.intel.com/products/desktop/processors.



    Gambar & artikel ehsan http://www.lowyat.net/






















    Intel® Core™ i7 Processor Provides Performance on Demand, Adds 'Turbo Boost' and 'Hyper-Threading' Technologies

    Edisi Extreem
    Edisi Biasa

    Dibangunkan: Bermula 2008
    Pembangun: Intel
    Kelajuan: 2.66 GHz hingga 3.2 GHz
    QuickPath Interconnect: 4.8 GT/s to 6.4 GT/s
    Saiz teras: 45 nm (nanoMeter)
    Instruction set: x86, x86-64, MMX, SSE, SSE2, SSE3, SSSE3, SSE4.1, SSE4.2
    Microarchitecture: Nehalem
    Teras: 4
    Socket: Socket B (LGA 1366)
    Kod nama: Bloomfield

    Klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan Intel Core i7 > i7 dari Wikipedia

    ilmu untuk dikongsi, bukan disimpan dihati

    more
  • OLPC - Setiap Kanak-kanak Sebuah Laptop ?

    Memang bagus projek OLPC - One Laptop PerChildren ni. Tapi... projek ni berjalan kat beberapa negara terpilih saja, tak termasuk Malaysia. Antara negara yang terpilih adalah jiran kita sendiri Thailand, negara di Amerika Latin (seperti Brazil), dan Afrika (seperti Nigeria). Antara kriterianya ialah negara-negara peserta terpilih ada ramai pelajar/penduduk miskin.

    Yang bawah ni pula adalah khabar-khabar angin berkenaan projek ni yang nampaknya dah mula nak dimonopoli semula oleh orang-orang 'berkepentingan'. Aku bukan nak kata banyak la... Projek OLPC ni mmg best, banyak perubahan pada design hardware & sistem dengan tujuan yang satu: "kanak-kanak tanpa mengira status, dapat belajar & memanfaatkan teknologi!". Tapi kalu gini la gayanya... mmg org berkepentingan ni akan cengkam lagi satu perkembangan/revolusi PC :((



    OLPC dengan WinXP? Korang setuju tak?

    more
  • Animasi Video Unik? Video ni aku dapat waktu merayau kat internet. Kalau tengok betul-betul... "Eh, komputer grafik la!" Bukan... Sebenarnya, video ni diolah menggunakan video sebenar secara realtime menggunakan program yang dibuat dengan aturcara C++.


    Virtual Ball Pit from Kevin Atkinson on Vimeo.

    Mamat yang buat ni, Kevin Atkinson (budak Kanada) sebenarnya seorang programmer grafik. Dia buat ni sekadar suka-suka je asalnya. Program yang dibuat ni sebenarnya guna beberapa komponen: C++, OpenCV (Open Source Computer Vision - realtime computer vision library), dan Chipmunk (2D physics library). Hasilnya... Kesan video realtime (sedang berlaku - masa nyata) yang ada kesan pergerakan animasi fizik!

    Tak best? Isk... Kalu tengok sekali imbas, memang la. Tapi kalu korang kreatif... Banyak woo leh kita wat :P

    Kalu nak maklumat lanjut, leh pergi blog Kevin ni : http://methodart.blogspot.com atau tengok sebahagian hasil video ni di: http://www.vimeo.com.

    more
  • Mini Laptop atau Mini PC? Sekarang ni dah jadi macam trend pulak bebudak seawal sekolah rendah pakai laptop. Kalu dulu... sesapa yang pakai laptop ni dikira mewah; Tapi sekarang ni sebab banyak permintaan, harga laptop ngan PC biasa dah tak jauh beza. Dengan duit RM1K atau RM2K je korang dah boleh beli sebijik laptop! Hm... aku tak pasti, tapi ramai yang cakap zaman PC ni mungkin dah berakhir dan akan datang mungkin orang akan gelar laptop ni pulak sebagai PC (personal computer).

    Itu satu hal...

    Hal yang satu lagi lak, pasal Laptop mampu milik (dulu heboh pasal PC mampu milik). Asalnya ada satu NGO kat eropah tu buat kempen untuk IT laterate penggunaan PC/laptop sejak sekolah rendah. Sebabkan laptop ni lebih mobile dan mudah dibawa kemana-mana, depa cadang nak hasilkan laptop murah USD100 (seratus US dollar sebijik) dan sumbang secara percuma kat sekolah-sekolah negara membangun/miskin! Isk... Memang best la. Tapi Malaysia xtersenarai aaa...

    Alih2, ramai yang manaruh perhatian pada konsep laptop mampu milik ni (xkurang jugak yg dengki :P). Apa-apapun aku berpendapat suasana/senario yang berlaku ni sebenarnya menguntungkan kita sebagai pengguna :D. Ya la... dengan duit xsampai RM1K dah beli laptop sebijik! Ok la tu (walaupun fungsi mungkin terhad untuk kerja jenis sederhana)...

    Apa-apapun, tunggu... Aku berpendapat banyak lagi yang akan berlaku untuk tempoh setahun dua ni. Contohnya video Eee PC dari Asus ni... Aku penah test. Kira ok gak. Mungkin harapan setiap budak 1 PC/laptop ni akan berjaya gak suatu hari nanti...

    more
Blog Widget by LinkWithin

Komen Terkini!

Photos

Saya bukan pakar. Tapi jika ada pertanyaan, kongsi la kat sini:


Komuniti