Memaparkan catatan dengan label tugasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tugasan. Papar semua catatan
  • Tugasan DOS 2 Tugasan 2 untuk pelajar ESS310

    Buat sendiri ya :D

    Latihan

    1) Bina satu folder/direktori "backup" dalam drive c.
    2) Salin semua fail-fail dari c:\windows\media ke dalam folder backup di atas.
    3) bina folder "audio" di dalam folder backup.
    4) Pindahkan semua fail jenis audio (dari c:\backup) ke dalam folder audio di atas.
    5) Bina folder "midi" dan folder "wave" di dalam folder audio.
    6) Pindahkan fail-fail jenis midi ke dalam folder midi dan fail-fail jenis wave ke dalam folder wave di atas. (fail-fail ini di dalam c:\backup\audio)
    7) Ubah nama folder backup kepada "simpanan".
    8) Paparkan kandungan folder simpanan dalam bentuk 'gambarajah pokok' (tree).

    Pastikan buat dalam CMD ya... dan publish jawapan dalam blog memasing :)

    ____________________________________
    JAWAPAN:

    1) Bina folder backup dalan c:\
    c:\> md backup

    2) Salin fail dari c:\windows\media ke folder c:\backup
    c:\> cd windows\media
    c:\windows\media>
    c:\windows\media> copy *.* c:\backup

    3) bina folder audio dalam folder c:\backup
    c:\windows\media> cd\
    c:\> cd backup
    c:\backup>
    c:\backup> md audio

    4) Pindah semua fail audio (dari c:\backup) ke dalam folder audio tadi
    c:\backup> move *.* c:\backup\audio

    5) Bina folder midi dan wave dalam folder audio
    c:\backup> cd audio
    c:\backup\audio>
    c:\backup\audio> md midi
    c:\backup\audio> md wave

    6) Pindahkan fail audio jenis midi ke dalam folder midi
    & fail jenis wave ke dalam folder wav di atas. (fail-fail ini di dalam c:\backup\audio)
    c:\backup\audio> move *.mid c:\backup\audio\midi
    c:\backup\audio> move *.wav c:\backup\audio\wave

    7) Ubah nama folder backup kepada simpanan
    c:\backup\audio> cd\
    c:\>
    c:\> ren backup simpanan

    8) Paparkan kandungan folder simpanan dalam bentuk 'gambarajah pokok' (tree).
    c:\> tree /f simpanan

    c:\simpanan
    :___midi
    : flourish.mid
    : onestop.mid
    : town.mid
    :
    :___wave
    : chimes.wav
    : chord.wav
    : ding.wav

    more
  • Tugasan DOS 1 Ini adalah tugasan 1 DOS bagi para pelajar ESS310

    (sila masukkan jawapan anda dalam BLOG anda :D )

    Latihan DOS

    1) Bina folder seperti di bawah

    c:\latihanDOS\sem4

    2) Salin fail-fail berikut ke dalam folder sem4 yang telah dibina:

    i. 1 fail jenis exe (.exe)
    ii. 1 fail jenis bat (.bat)
    iii. 1 fail jenis sys (.sys)
    iv. 1 fail jenis com (.com)
    v. 1 fail jenis ini (.ini)
    vi. 1 fail jenis dll (.dll)

    *fail-fail ini boleh dijumpai di c: dan juga c:\windows

    3) Salin (copy) folder sem4 ini kepada c:\latihanDOS\backup

    4) Padam (delete) folder sem4

    (jangan copy paste kerja kawan2 aaa...)

    _________________________________
    Jawapan:

    1) Bina folder c:\latihanDOS\sem4
    run 'cmd'
    c:\Doc & Set\User>
    c:\Doc & Set\User>cd\ (kembali ke root)
    c:\>
    c:\>md latihanDOS\sem4 (bina folder latihanDOS, dan bina folder sem4 di dalamnya)
    c:\>dir latihanDOS (semak kandungan folder latihanDOS)

    2)
    Salin 1 fail daripada jenis: exe, bat, sys,com, ini, dll
    *fail exe dan dll ada di dalam c:\windows
    c:\>cd windows (masuk folder windows)

    c:\windows>
    c:\windows>dir /? (untuk bantuan arahan)
    c:\windows>dir /o:e (senarai turutan ikut jenis fail o=sortorder; e=extension)
    c:\windows>copy explorer.exe c:\latihanDOS\sem4 (salin fail explorer.exe ke folder sem4)
    c:\windows>copy twain.dll c:\latihanDOS\sem4 (salin fail twain.dll ke folder sem4)


    *fail bat, sys, ini dan com berada di dalam c:
    c:\windows>cd\ (kembali ke root atau c:)

    c:\>
    c:\>dir /o:e (senarai turutan ikut jenis fail o=sortorder; e=extension)
    c:\>copy autoexec.bat c:\latihanDOS\sem4
    c:\>copy msdos.sys c:\latihanDOS\sem4
    c:\>copy boot.ini c:\latihanDOS\sem4
    c:\>copy ntdetect.com c:\latihanDOS\sem4 (salin fail-fail jenis bat, sys, ini dan com ke folder sem4)

    3) Salin folder sem4 di atas kepada c:\latihanDOS\backup
    c:\>md latihanDOS\backup (bina folder backup)
    c:\>copy latihanDOS\sem4 latihan\backup (salin fail-fail dari folder sem4 ke dalam folder backup)


    4) Padam folder sem4 tadi
    c:\>rmdir latihanDOS\sem4 /s (buang folder sem4 berserta fail-fail didalamnya: rmdir=buang folder; /s=termasuk fail)

    *buktikan folder sem4 sudah dibuang
    c:\>dir latihanDOS
    (hanya folder backup yang tinggal, maka terbukti folder sem4 telah padam)

    more
Blog Widget by LinkWithin

Komen Terkini!

Photos

Categories

Saya bukan pakar. Tapi jika ada pertanyaan, kongsi la kat sini:


Komuniti