Memaparkan catatan dengan label software. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label software. Papar semua catatan
  • Blog sebagai e-Diari Rasanya dah ramai yang maklum fungsi Blog. Blog ni boleh dianggap sebagai diari digital sama ada untuk tujuan peribadi atau bersosial.

    Antara yang biasa kita kat Malaysia guna adalah Blogger (http://www.blogger.com/) ataupun Wordpress (http://www.wordpress.com/) .







    Apa yang boleh kita buat dalam blog? Macam-macam... antaranya:
    • Diari harian
    • Iklan barangan (iklan)
    • Kongsi Info
    • Luah perasaan (fitnah, geram, etc!)
    • dan sebagainya


    Sekarang ni pulak sibuk pasal isu fitnah-memfitnah kat blog, sampai ada yang suruh sekat penggunaan Blog di Malaysia! Hm... malas nak komen! Apa-apa hal, pandai-pandai la urus blog masing-masing...

    Ok, kita lihat apa yang ada pada blog. Walaupun sebenarnya kebanyakan remaja kat Malaysia ni lebih suka bersosial ngan web Friendster, Facebook, Myspace dan sebagainya (termasuk bebudak kolej aku...), sebenarnya banyak lagi yang boleh kita menggunakan Blog (pada hemat patik yang pacal lagi hina ni la...).

    Ok, apa yang disediakan oleh Blog?

    1. Ruangan untuk taip artikel (+gambar, +video) - Macam perisian Word, korang leh taip, pilih jenis dan saiz tulisan, buat formating, masukkan gambar, malah leh masukkan video sekali! Tapi... video jenis flv (flash video - http://www.youtube.com/), mov (apple movie), dan wmv (windows media video) je la yang leh guna sebab saiznya kecik. Kalu besar sangat, mampus lama gile nak tunggu dia load!
    2. Template yang pelbagai - Korang leh pilih (atau install sendiri) macam-macam design sebagai latar dan hiasan blog korang - moden, romantik, klasik dan macam-macam lagi. Kalu buat betul-betul, blog korang memang nampak professional giler... Malas nak komen. Kalu nak belajar pasal hal ni, korang leh tengok blog aku - BlogHacked.blogspot.com .
    3. Macam-macam Widget leh dimasukkan - Widget ni kira cam program kecil yang kita leh masukkan sebagai fungsi tambahan blog kita antaranya - kalendar, jam, shoutbox - untuk borak, pemain muzik online, status pelawat - jumlah dan dari mana, dan macam-macam lagi!



    Ada sesuatu yang korang kena tahu. Blog ni sebenarnya leh kita hack (program semula) untuk buat maca-macam! Untuk ni, aku da buat blog khas pasal Blog - BlogHacked.blogspot.com . Ikut kreativiti masing-masing, jom kita berBlog :P

    ilmu untuk dikongsi, bukan disimpan dihati

    more
  • Update untuk Windows ! Service Pack 3 (sp3) untuk Windows XP telah keluar secara rasminya! Dah lama aku tunggu SP3 rasmi ni, asyik yg beta je. Dapatkan dari : http://www.microsoft.com .


    SP1 juga dah keluar (dah lama pun...) untuk Windows Vista. Dapatkan dari http://www.microsoft.com .


    Soalannya:

    Apa bendanya SP1, SP2, SP3 ni?
    SP = Service Pack = himpunan fail-fail untuk tujuan update Windows !
    Ini bermaksud Service Pack menghimpunkan fail-fail update sebelum ini di dalam satu pek (pack).

    Kenapa nak update?
    Windows yang korang guna (kalau korang guna Windows la...) ada kekurangan. Kadang-kadang kekurangan-kekurangan tu boleh di 'pergunakan' oleh orang lain untuk mengacau komputer yang korang guna. Update OS atau Windows korang selalu supaya kekurangan ni dapat ditampal (patch) sebelum komputer korang kena hack (godam) !

    Macam mana nak update?
    Ada beberapa cara:
    1. Automatic update - hidupkan fungsi Automatic Update
    2. Manual update - update secara manual melalui halaman web seperti http://www.microsoft.com/downloads/Search.aspx?displaylang=en#

    more
  • Hantar URL Website Anda di Google Korang ada website? Tak guna ada website kalau web korang tu hanya korang je yang tahu kewujudannya :)) Persoalannya; Macam mana nak iklankan website korang? Cara mudahnya, mesti la dengan cara korang buat publisiti kat kengkawan korang kan?

    Apa kata korang publish web korang tu kat Google? Publish tu maksudnya iklan la... Bila orang mencari-cari maklumat ataupun dok meng'googling' (dok merayau) dalam internet; mana tau terjumpa lak web korang tu... Lebih-lebih lagi kalau info yang diorang nak tu memang ada dalam web korang kan... Caranya:

    Buka alamat: http://www.google.com/addurl/?continue=/addurl korang akan nampak paparan macam kat bawah ni la...

    • Masukkan alamat URL korang pada ruang yang disediakan (URL: )
    • Komen sikit tentang kandungan web korang tu ( Comment: )
    • Sahkan korang ni memang orang ;) (Optional: taipkan teks seperti imej yang dipaparkan)
    • Hantar web korang tu (klik Add URL)

    Jangan lak lepas tu korang terus harap alamat korang akan ada dalam Google. Google biasanya akan makan masa untuk rakam dan susun alamat korang... mungkin 4 bulan :)) Sabar2. Kalau nak cepat... cam biasa, bayar la kat Google! Ala, yang penting ada kan...

    more
  • Bina Skin/template Blog Sendiri? Anda berminat untuk membina template (design latar blog la...) sendiri? Kebetulan pula aku dok belek2 internet, terjumpa satu website BAIK... punya!


    http://www.bloggerbuster.com/ ni dibangunkan oleh seorang minah bernama " Amanda Fazani". Mmg class la... Banyak benda korang boleh dapat dari sini:
    • Template-template percuma (lawa2 tu)
    • Panduan bangunkan Blog yang baik
    • dan memacam lagi la....
    Rugi kalu korang tak cuba lawat! :D

    Tapi yg paling menarik perhatian aku ialah e-book panduan buat template (Skin) sendiri. Mmg class abis La!!!
    Klik di sini (atau pada gambar) untuk download e-Book percuma ni: http://bloggerbuster.com/ebooks/CGCBT.pdf

    Antara yg ada dalam e-Book ni:
    • New examples of template customizations
    • An entire chapter about customizing stretch (fluid) templates
    • How to use buttons, banners and images
    • Many useful resources for template customization
    • An optional download folder containing all of the templates and images used in the eBook
    Oh...Ya! Bahasa Inggeris la tapi :)) Belajau2, jangan tak belajau!

    more
Blog Widget by LinkWithin

Komen Terkini!

Photos

Categories

Saya bukan pakar. Tapi jika ada pertanyaan, kongsi la kat sini:


Komuniti