• Mini Laptop atau Mini PC?

    Sekarang ni dah jadi macam trend pulak bebudak seawal sekolah rendah pakai laptop. Kalu dulu... sesapa yang pakai laptop ni dikira mewah; Tapi sekarang ni sebab banyak permintaan, harga laptop ngan PC biasa dah tak jauh beza. Dengan duit RM1K atau RM2K je korang dah boleh beli sebijik laptop! Hm... aku tak pasti, tapi ramai yang cakap zaman PC ni mungkin dah berakhir dan akan datang mungkin orang akan gelar laptop ni pulak sebagai PC (personal computer).

    Itu satu hal...

    Hal yang satu lagi lak, pasal Laptop mampu milik (dulu heboh pasal PC mampu milik). Asalnya ada satu NGO kat eropah tu buat kempen untuk IT laterate penggunaan PC/laptop sejak sekolah rendah. Sebabkan laptop ni lebih mobile dan mudah dibawa kemana-mana, depa cadang nak hasilkan laptop murah USD100 (seratus US dollar sebijik) dan sumbang secara percuma kat sekolah-sekolah negara membangun/miskin! Isk... Memang best la. Tapi Malaysia xtersenarai aaa...

    Alih2, ramai yang manaruh perhatian pada konsep laptop mampu milik ni (xkurang jugak yg dengki :P). Apa-apapun aku berpendapat suasana/senario yang berlaku ni sebenarnya menguntungkan kita sebagai pengguna :D. Ya la... dengan duit xsampai RM1K dah beli laptop sebijik! Ok la tu (walaupun fungsi mungkin terhad untuk kerja jenis sederhana)...

    Apa-apapun, tunggu... Aku berpendapat banyak lagi yang akan berlaku untuk tempoh setahun dua ni. Contohnya video Eee PC dari Asus ni... Aku penah test. Kira ok gak. Mungkin harapan setiap budak 1 PC/laptop ni akan berjaya gak suatu hari nanti...

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama says:

    Itula en.sham...
    masalahnya kalau tak sentiasa diawasi penggunaan mini laptop ni budak2 akan simpan bermacam2 benda tak senonoh dlm tu...
    teknologi skarang banyak merosakkan jiwa anak muda dari membina...

Leave a Reply

Blog Widget by LinkWithin

Komen Terkini!

Photos

Saya bukan pakar. Tapi jika ada pertanyaan, kongsi la kat sini:


Komuniti