• Teknologi Untuk Windows 7 ?

    Sebenarnya kita tak berapa pasti lagi apa yang bakal muncul dalam versi Windows 7. Tapi kat sini aku nak senaraikan sikit la antara teknologi-teknologi yang dijangka bakal menjadi penyeri Windows 7.

    Microsoft Surface

    Konsepnya ialah touch screen (skrin sentuh). Beza dengan teknologi sedia ada, Microsoft Surface ni bersifat interaktif (bertindak balas pada sentuhan). Kalau tengok pada videonya... Hm... mmg best la ! Konsep interaktif ni bukan diletak pada monitor biasa, tapi dipasang pada monitor saiz besar. Ya la... baru nampak kan. Boleh letak pada meja tulis, meja makan kedai (kedai eksklusif la tapi), meja kopi... Meja kopi?





    Orang kampung cam aku ni rasanya tak mampu nak pakai meje-meja interaktif yang mahal ni :(( Ya la... keje tunggang tebalik pun kalu nak beli meja yang harganya mahu sampai USD10K ni; memang keje gila la. Apa pendapat korang? Agak2 la kan, kalu kita letak kopi atas meja interaktif tu, maklumat apa pulak yang dia paparkan :))

    Multi Touch

    Kalu nak kira, Multi Touch ni cam sama je ngan Microsoft Surface kan?



    Tapi yang bestnya... Multi-touch ni leh digunakan pada skrin kecil macam laptop :D
    Eh, bukan ke laptop da ada yang jenis touch screen? Betul... Apa beza touch screen biasa ngan Multi-touch?

    Bezanya, pada skrin touch screen biasa, satu interaksi je boleh komputer buat... Tapi Multi-touch, boleh terima banyak interaksi (touch) pada masa yang sama ! Kesannya? Memang best giler la :D ! Sama cam Ms Surface tadi, skrin komputer leh jadi lebih interaktif dan membolehkan pembangun perisian buat sofware yang sebelum ni mustahil nak dibuat ! Dah rasa cam filem Minority Report lak :))

    Jap-jap... Apa beza Ms Surface ngan Multi-Touch?

    Microsoft Surface... da tentu Microsoft yang buat. Teknologi Multi-Touch pula, dah lama dipersembahkan oleh Jeff Han - seorang saintis dari Courant Institute of Mathematical Sciences.

    Satu lagi. Microsoft Surface ni asalnya dibangunkan bersama-sama teknologi sensor kamera. Maksudnya ada banyak kamera dipasang padanya untuk mengesan pergerakan tangan. Multi-Touch pula, gunakan teknologi multi-sensor (banyak pengesan tekanan). Jadi tak perlu guna kamera, hanya gerakkan jari di atas skrin yang dah diletakkan dengan multi-sensor ni :D

    Oh ya, kat sini aku letakkan sekali video pengenalan teknologi Multi-Touch ni oleh Jeff Han:



    Klik di sini untuk info tentang Jeff Han

0 ulasan:

Leave a Reply

Blog Widget by LinkWithin

Komen Terkini!

Photos

Saya bukan pakar. Tapi jika ada pertanyaan, kongsi la kat sini:


Komuniti